Beberapa masalah berkaitan dengan Nur Muhammad dalam kaitannya dengan Pangestu (Paguyuban Ngesti Tunggal) yang saya ingin mencari penjelasannya ialah:
pertama-tama Pangestu sebagai salah satu aliran kebatinan Jawa memiliki karakteristik pemikiran yang unik, kerana sebagai kebudayaan spiritual ia merupakan eksponen sinkretisme
yang secara historis telah berakar dalam sejarah kebudayaan beragama di Indonesia dalam masa yang sangat panjang, ia diperkaya oleh pelbagai unsur kebudayaan spiritual, khususnya tentang pikiran falsafah dari agama yang mendahuluinya, termasuk Islam dan Kristian.
Kedua, pemahaman tentang Nur Muhammad dalam tasawuf misalnya, oleh pangestu disamakan dengan konsep Suksma Sejati dan Kristus dalam teologi Kristian. Hal inilah antara yang menyebabkan Pangestu oleh sebagahagian orang dianggap sebagai kebatinan yang dekat kepada Kristian. Padahal di sisi lain menurut penulis, pemikiran mistik kebatinan Pangestu bahkan banyak dipengaruhi oleh tasawuf Islam, apalagi kalau melihat etimologi dan terminologi yang dipakainya.
Terakhir, bahawa Pangestu sebagai kebatinan pada intinya adalah mistik atau mistisisme. Ia berpandangan bahawa segala sesuatu itu satu. Manusia dipandang sebagai pancaran daripada zat Tuhan, yang secara struktural dan fungsional terdiri dari tiga bentuk keadaan yang saling berhubungan dengan erat sekali. Bentuk-bentuk keadaan itu ialah keadaan yang wadag kasar (berjasad kasar), keadaan yang wadag halus (berjasad halus), dan keadaan yang tanpa jasad (immaterial). Keadaan yang terakhir dikatakan sebagai yang menghubungkaitkan manusia dengan Tuhan sehingga ia mampu berada sangat dekat dengan Tuhan atau bahkan menyatu dengan Tuhan.
Mohon sharing.............
3 komentar:
Di dalam kitab berzanji karangan Syed Jaafar al-Barzanji (1609-1766) dan kitab Hakikat Nur Muhammad yang tersebar di Malaysia dan di Indonesia terdapat satu istilah atau konsep yang dikenali sebagai Nur Muhammad. Istilah ini mempunyai nama sinonim yang lain seperti roh nabi Muhammad atau hakikat Muhammad yang dianggap sebagai yang pertama dijadikan oleh Allah. Semua makhluk yang lain dilangit dan bumi dijadikan dari Nur Muhammad tersebut.
Sebenarnya konsep hakikat Muhammad bukan ajaran Islam, ia tidak berasal dari al-Qur`an dan al-Hadis yang sahih tetapi dalam kitab Berzanji pada kalimat pertama bait ketiga berbunyi ”Tatkala Allah hendak melahirkan (ke alam nyata) Hakikat-Nya Muhammadiyyah.
Dari ayat tersebut dapat difahami bahwa hakikat Muhammadiyyah itu ialah Allah sendiri. Nur Muhammad seolah-olah adalah penjelmaan Allah di alam nyata.Seorang tokoh sufi bernama Ibn Arabi berkata bahwa alam nyata adalah kumpulan sifat-sifat Allah al-Haq. Alam semesta seluruhnya berasal dari Nur Muhammad.
Hadis yang bermaksud Pertama yang Allah jadikan adalah Nur Nabimu, wahai Jabir adalah hadis yang perlu dipertanyakan kualitasnya. Selain itu katanya ada hadis yang manyatakan Allah mencipta Nur Muhammad dari Nur-Nya sebelum dijadikan makhluk-makhluk yang lain, juga perlu dipertanyakan kualitasnya.
Di dalam teori Nur Muhammad tersebut terdapat konsep emanasi falsafah Yunani yang mana sebab utama melahirkan alam, tidak ada Pencipta atau makhluk.
Dalam kitab berzanji di bait satu barisan 5 dan 6 ditulis yangmaksudnya ”Ku mohon semoga Allah mencucuri rahmat dan selamat kepada an-Nur yang Dia telah jadikan terdahulu , Nur yang berpindah-pindah dari satu dahi ke dahi yang mulia (iaitu moyang2 Nabi s.a.w yang mulia). Keterangan berzanji di penggal 1 dibarisan 5 dan 6 bertentangan dengan maksud al-Qur`an tersebut di atas, malah ia adalah satu pendustaan kepada Allah Jalla Sya`nuhu.
Dalam berzanji jua ada konsep inkarnasi ruh yang menyerupai kepercayaan syirik agama Hindu. Ini jelas bertentangan dengan Al-Qur`an dan al-Hadis.
Menanggapi komentar di atas, saya rasa ada baiknya mengikuti penjelasan Hj Mohamad bin Jusoh, bahwa persoalan Nur Muhammad ada di dalam nas Qur’an dan hadis. Sebagai berikut:
Al-Qur'an Ayat 15 Surah Al Maidah. "Sesungguhnya telah datang kepada kamu, dari Allah yaitu Nur dan kitab yang terang (al-Qur'an)".
Para mufassirin menafsirkan "Nur" di sini ialah Nabi Muhammad Saw. Antaranya, tersebut di dalam tafsir at-thabari, demikian juga Tafsir Ibnul Jauzi, lihat jilid 2 halaman 317. Ibnu Hatim, al-Qurtubi dan Qatadah semuanya berpendapat sama. Lihat Pembahasan Tuntas Perihal Khilafiah, H.M.H. Al-Hamid Al Husaini, cetakan pertama, Yayasan Al Hamidiy, Muharram1417H/Jun 1996, hlm. 86. Lihat Tafsir Jalalain, juzuk pertama halaman 97. Begitu juga dengan tafsir al Baidhawi baik yang berbahasa arab maupun terjemahannya, di sini ditulis “bahwasanya telah datang kepada kamu agama dari Allah Taala, cahaya yaitu Nabi Shallalahu 'alaihi wa Sallam dan Quran yang amat nyata ditunjuki (oleh) Allah Taala kitab itu orang yang mengikuti keridhoan-Nya kepada segala jalan yang selamat", Al-Baidhowi, jilid pertama, cetakan Rukhshah Nazhzrah al-Jalilah, Istanbul, Turki, 21 Jumadil Ula 1302 H, Hlm. 150.
Pengertian hadis dari ibnu Abbas R.A, Syeikh Nawawi al Bantani mentarjemahkan:
"Tiadalah yang dimaksudkan dengan Nur di sini yang dapat menerima kegelapan, tetapi yang dimaksudkan dengannya (NUR) adalah yang sebenar Allah Taala yang menjadikan Nur itu. Dan dinamakan dengan "Nur", tiada diketahui kejadiannya kecuali hanya Allah saja. Dan ada pendapat menyebut bahwa keadaan bentuknya atas rupa Nabi Muhammad Saw yang di alam nyata (seperti rupanya sebagai manusia). Lihat Fath as Shamad al A'lim, Matba'ah Dar al-Kutub al 'Arabiah al Kubra, Mesir, 1328 H, hlm. 10.
Hadis dengan lafaz yang sama adalah diriwayatkan, dari Ali bin al Husein dari 'Ali bin Abi Thalib dari Nabi Saw dalam Al Anwar al-Muhammadiyah karya Syeikh Yusof an Nabhani. Hadis ini tidak ditolak oleh Al-Hafiz Abul Hasan 'Ali bin Muhammad bin Qaththan di dalam Ahkam, beliau adalah seorang tokoh ahli hadis yang sangat teliti.
Lain-lain Hadis termaktub dalam Bahrul Lahut Karya Syeikh 'Abdullah 'Arif yang semuanya terdapat dalam Madarij as-Shu'ud ila Iktisa' al-Burud karya Syeikh Nawawi Bantani dan Anwar al-Muhammadiyah. Perawi hadis ini ialah Abdurrazaq bin Hammam bin Nafi' as Shan'ani (126-211 H.) seorang muhaddits berasal dari Yaman. Imam Bukhari (194-256 H) sendiri pernah mengakui hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Razzaq adalah terlebih shahih. Sebagai contoh Imam Bukhari menyebut "Haddatsana Ishaq bin Manshur, qala, Qala Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam...." Lihat Shahih Bukhari, jilid 1, Matba'ah Al Amiriyah, Mesir, hlm 13.
Beberapa keterangan mengenai 'Abdur Razzaq dapat dibaca dalam Tahzibul Kamal Fi Asmair Rijal oleh al Hafiz Jamaluddin Abi al-Hajjaj Yusuf tahqiq Basya 'Iwad Ma'ruf, jilid 18,cetakan pertama, Muassasah ar-Risalah, Beirut, 1413H/1992M, hlm 52-56.
Yang jelas, ulama muktabar mengatakan bahwa hadis dimaksud (tentang Nur Muhammad) adalah sahih.
Daftar Ulama' yang membicarakan tentang Nur Muhammad beserta karangannya, antara lain:
1.Syeikh Mahyuddin Abdul Qadir Jilani (470 -561 H) dalam Sirrul Asrar wa Mazharul Anwar.
2.Al Imam Sayuthi (849-911 H) dalam Ad Durarul Hisan Fil Ba'tsi wa Na'imil Jinan.
3. Syeikh Abdullah 'Arif dalam Bahr al-Lahut.
4.Al Imam al A'lamah asy-syeikh Ahmad Syihabuddin al Qasthalani dalam Al Mawahibul Ladunniyah bil Minahil Muhammadiyah
Kesimpulannya,
Terhadap beberapa pandangan ulama hadith (muhaddithin) tentang status hadith tersebut diatas apakah sahih, da’if atau hadith munkar, boleh saya katakana di sini bahwa menurut Ibn Abi Haylsimah yang diriwayatkan dari Ibnu Ma’in, bahawasanya ‘Abd al-Razaq adalah satu tabaqah (generasi) dengan Sofyan. Demikian pula pandangan Ahmad bin Shalih al-Mishri (w. 248 H.), sebagaimana yang dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal (w. 241 H.), bahawa ‘Abd al-Razaq (w. 126-211 H.) adalah salah seorang yang meriwayatkan hadith yang berkualitas baik. Bahkan Abu Zur’ah al-Dimasyqi (200-264 H.) berpendapat, bahawa ‘Abd al-Razaq adalah salah seorang thabit (kuat hapalannya). Abu Hatim al-Razy (w. 477/478 H.) berpendapat bahawa hadith ‘Abd al-Razaq adalah thiqah. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh al-Ajiri sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abi Dawd al-Faryabiy bahawa ‘Abd al-Razaq itu adalah thiqah.
Berkaitan dengan pandangan ulama hadith yang mempertanyakan keupayaan ‘Abd al-Razaq ketika mengalami kebutaan dan lemah daya pendengarannya pada saat menjelang wafatnya, Abu Zur’ah al-Dimasyqi pernah bertanya kepada Ahmad bin Hanbal, siapakan yang paling kuat hapalannya antara Ibnu Juraij (w. 149/150 H.), ‘Abd al-Razaq, dan al-Barsaniy? Ahmad bin Hanbal menjawab, ‘Abd al-Razaq. Pandangan yang sama juga dikemukakan oleh Abbas al-’Anbari (w. 240/246 H.). Bahkan Hisyam bin Yusuf (w. 197 H.) dan Ya’qub bin Syaibah menyatakan bahawa ‘Abd al-Razaq itu thiqah.
Dikatakan bahawa Muhammad bin Abi Bakr al-Muqadimiy (w. 234 H.) pernah mengatakan bahawa ‘Abd al-Razaq itu adalah penganut aliran Syi’ah. Namun setelah dilakukan konfirmasi lebih lanjut, ia menolak dan membantah tuduhan tersebut. Bantahan itu tidak diterima oleh sebahagian ulama antaranya, al-’Ajili (w. 159 H.) dan Abbas al-’Anbariy (w. 240/246 H.), bahkan mereka menuduh ‘Abd al-Razaq sebagai pendusta. Kesan dari tuduhan itu, menyebabkan hadith-hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razaq dianggap munkar (tertolak). Menurut Imam al-Nasa’i (137-228 H.), bahawa setiap orang yang menulis hadith yang diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razaq selalu diakhiri dengan kata ”hadith munkar”.
Daripada beberapa hujah para penilai hadith tersebut di atas, ternyata lebih banyak yang menyatakan bahawa hadith-hadith ‘Abd al-Razaq berkualiti hasan; ‘Abd al-Razaq tergolong periwayat yang thiqah; ia juga berkualiti thabt. Pendapat ini lebih banyak daripada mereka yang menyatakan hadith ‘Abd al-Razaq adalah munkar. Alasan ulama hadith yang menilai hadith riwayat ‘Abd al-Razaq munkar, sebab ia dianggap Syi’ah dan matanya buta serta pendengarannya tuli, pekak menjelang wafatnya. Dalam menanggapi pandangan ulama tersebut di atas, penulis lebih cenderung untuk mengikuti pendapat muhaddithin kelompok pertama. Apalagi riwayat ‘Abd al-Razaq tentag Nur Muhammad didukung oleh 2 (dua) ayat al-Qur’an iaitu Surah al-Nur ayat 35 dan Surah al-Maidah ayat 15
Salut buat Kang Kolis...
Posting Komentar