اهلا وسهلا

Terimakasih Anda telah mengunjungi kami di sini, semoga mendapat manfaat

Minggu, 27 Juli 2008

Hadis Nur Muhammad

Dalam Kitab Kashf al-Khafa’ wa Muzil al-Ilbas ‘Amman Ishtahara min al-Ahadith ‘Ala Alsinatin-Nas’ oleh al-‘Ajluni (w.1162 H.):
-827) أول ما خلق اللهُ نورُ نبِيكِ يا جابر – الحديث
رواه عبد الرزاق بسنده عن جابر بن عبد الله بلفظ قال قلت‏:‏ يا رسول الله، بأبي أنت وأمي، أخبرني عن أول شيء خلقه الله قبل الأشياء‏.‏ قال‏:‏ يا جابر، إن الله تعالى خلق قبل الأشياء نور نبيك من نوره، فجعل ذلك النور يدور بالقُدرة حيث شاء الله، ولم يكن في ذلك الوقت لوح ولا قلم ولا جنة ولا نار ولا ملك ولا سماء ولا أرض ولا شمس ولا قمر ولا جِنِّيٌ ولا إنسي، فلما أراد الله أن يخلق الخلق قسم ذلك النور أربعة أجزاء‏:‏ فخلق من الجزء الأول القلم، ومن الثاني اللوح، ومن الثالث العرش، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء، فخلق من الجزء الأول حَمَلَة العرش، ومن الثاني الكرسي، ومن الثالث باقي الملائكة، ثم قسم الجزء الرابع أربعة أجزاء‏:‏ فخلق من الأول السماوات، ومن الثاني الأرضين، ومن الثالث الجنة والنار، ثم قسم الرابع أربعة أجزاء، فخلق من الأول نور أبصار المؤمنين، ومن الثاني نور قلوبهم وهى المعرفة بالله، ومن الثالث نور إنسهم وهو التوحيد لا إله إلا الله محمد رسول الله‏.‏ الحديث‏.‏ كذا في المواهب‏).

Maksudnya:
“Yang pertama dijadikan Allah ialah nur Nabi engkau, wahai Jabir”.
Diriwayatkan oleh ‘Abd al-Razzaq dengan sanadnya daripada Jabir bin ‘Abd Allah dengan lafaz: Katanya: Aku berkata: Wahai Rasulullah, bapa dan bunda hamba menjadi tebusan tuan, beritahu kepada hamba tentang perkara terawal yang dijadikan Allah sebelum segala sesuatu. Jawab Baginda: Wahai Jabir, sesungguhnya Allah menjadikan nur Nabi engkau daripada nur-Nya sebelum segala sesuatu, kemudian Ia jadikan nur itu berkisar dengan kudrat cara yang dikehendaki-Nya, walhal dalam masa itu tiada lauh (lauh mahfuz), tiada qalam, Syurga dan Neraka, tiada malaikat, langit, bumi, matahari, bulan, jin dan manusia. Maka apabila Allah kehendaki menjadikan sekalian makhluk, ia membahagikan nur itu kepada empat bahagian, daripada juzuk pertama ia jadikan al-Qalam, daripada yang kedua Ia jadikan Lauh (Lauh Mahfuz), daripada yang ketiga Ia jadikan ‘Arash, kemudian Ia membahagikan pula juzuk yang keempat itu kepada empat bahagian, maka daripada juzuk yang pertama Ia jadikan malaikat penanggung ‘arasy, daripada juzuk yang kedua Ia jadikan Kursi, daripada yang ketiga Ia jadikan malaikat yang baki lagi. Kemudian Ia membahagikan lagi juzuk yang keempat itu kepada empat bahagian, yang pertamanya dijadikan langit-langit, yang keduanya bumi-bumi, yang ketiganya Syurga dan Neraka. Kemudian yang keempatnya dibahagikan kepada empat bahagian: yang pertamanya dijadikan-Nya nur pandangan mata muslimin, daripada yang kedua dijadikan cahaya hati mereka, ia ma’rifat terhadap Allah, daripada yang ketiga dijadikan-Nya nur kejinakan mereka (dengan Tuhan) iaitu ‘tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad Rasulullah’, demikian hadith dalam al-Mawahib al-Laduniyyah karangan ahli hadith al-Qastallani.
Dan seterusnya:
وقال فيها أيضا‏:‏ واختُلِف هل القلم أول المخلوقات بعد النور المحمدي أم لا‏؟‏ فقال الحافظ أبو يعلى الهمداني‏:‏ الأصح أن العرش قبل القلم، لِما ثبت في الصحيح عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ قدر الله مقادير الخلق قبل أن يخلق السماوات والأرض بخمسين ألف سنة، وكان عرشه على الماء، فهذا صريح في أن التقدير وقع بعد خلق العرش، والتقدير وقع عند أول خلق القلم، فحديث<صفحة 311> عبادة بن الصامت مرفوعا ‏"‏أول ما خلق الله القلم، فقال له أكتب، فقال رب وما أكتب‏؟‏ قال أكتب مقادير كل شيء‏"‏ رواه أحمد والترمذي وصححه‏.‏
وروى أحمد والترمذي وصححه أيضا من حديث أبي رزين العقيلي مرفوعا‏:‏ إن الماء خلق قبل العرش‏.‏
وروى السدي بأسانيد متعددة إن الله لم يخلق شيئا مما خلق قبل الماء، فيجمع بينه وبين ما قبله بأن أولية القلم بالنسبة إلى ما عدا النور النبوي المحمدي والماء والعرش انتهى .
Ia menyatakan berkenaan dengan yang demikian juga: Diperselisihkan adakah qalam makhluk terawal selepas daripada Nur Muhammad atau tidak? Menurut al-Hafiz Abu Ya’la al-Hamadani: yang asah ialah ‘Arash sebelum daripada qalam, mengikut riwayat yang sabit dalam kitab Sahih dari Ibn ‘Umar; katanya: Sabda Rasulullah Saw.: Allah menentukan takdir bagi sekalian makhluk sebelum Ia menjadikan langit-langit dan bumi lima puluh ribu tahun, ‘Arash-nya di atas air; ini sarih atau nyata dalam perkara takdir berlaku selepas daripada penciptaan ‘Arash; takdir ada pada awal mula tercipta qalam; maka hadith ‘Ubadah bin al-Samit, marfu’, “Awal diciptakan Allah ialah qalam, kemudian Ia berfirman: Tulislah, kata qalam: Apakah yang hamba (hendak) tulis? Firman-Nya, “Tulislah takdir segala sesuatu” (Hadith Riwayat Ahmad dan Tirmidhi; dianggapnya sahih).
Dan diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmidhi, dianggapnya sahih juga, dari hadith Abu Razin al-‘Uqaili, marfu’, “Bahawa air dicipta sebelum daripada ‘Arash”.
Al-Suddi meriwayatkan dengan sanad-sanad yang berbilang bahawa Allah tidak menjadikan sesuatu sebelum daripada penciptaan air, maka boleh dihimpunkan antara ini dan apa yang sebelumnya bahawa keawalan qalam dalam hubungan dengan yang selain daripada Nur Muhammad, air, dan ‘arasy.

bismi

yang lain lagi di sini

RENUNGAN