اهلا وسهلا

Terimakasih Anda telah mengunjungi kami di sini, semoga mendapat manfaat

Jumat, 28 Desember 2007

JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN

JAUH PERJALANAN LUAS PENGALAMAN
BERTAMBAH PENGETAHUAN

Hakikat hidup di dunia ini adalah sebahagian daripada perjalanan panjang menuju destinasi punca kedamaian yang sebenar, iaitu bertemu dengan Tuhan Yang Maha Suci. Ini kerana manusia dicipta oleh Tuhan daripada tanah dan roh, manakala roh itu berasal daripada Tuhan Yang Maha Suci, sehingga roh pun suci adanya, dan ia akan berjalan, menempuhi jalan yang terjal dan mendaki agar boleh kembali ke tempat semula yang sangat damai itu.
Dalam perjalanan panjangnya di dunia ini terdapat beberapa perhentian yang mesti disinggahi guna menghimpun semula tenaga yang hampir habis, sekaligus menambah bekal yang cukup untuk perjalanan menuju perhentian berikutnya. Sedikitnya terdapat tujuh perhentian yang mesti disinggahi agar dapat mencapai destinasi yang paling menyenangkan dalam kehidupan di dunia ini. Perhentian-perhentian itu dalam bahasa agama disebut maqamat.

Magamat terdiri daripada tujuh tahapan, iaitu taubat, zuhud, wara, fakir, sabar, ridha dan mahabbah. Taubat ialah penyesalan terhadap segala khilaf dan berjanji untuk tidak akan melakukannya lagi. Zuhud pula ialah tidak terbelenggu oleh kesenangan dunia. Manakala wara selalu menjaga diri daripada sesuatu yang tidak pasti halal atau haram. Sedangkan fakir tidak memerlukan kepada selain Allah, sabar adalah iltizam, istiqamah di jalan kebenaran walau apapun yang terjadi, ridha adalah apabila hati telah dapat menerima segala sesuatu cubaan yang baik mahupun yang buruk itu sebagai sesuatu pemberian terbaik daripada Tuhan, manakala mahabbah adalah kita beramal bukan kerana takut sengsara dan mengharap kesenangan, tetapi amaliah kita lakukan dengan rasa tulus ikhlas demi melaksanakan kebaikan sebagaimana yang diinginkan oleh yang sumber kebaikan itu sendiri.
Pada masing-masing perhentian ada terdapat pengalaman yang boleh dirasai oleh setiap orang. Semakin banyak perhentian yang dilalui semakin banyak pula pengalaman yang diperolehi. Pengalaman ini dalam bahawa tasawuf disebut ahwal. Pengalaman yang paling tinggi akan diperolehi bilamana telah sampai ke destinasi punca iaitu mahabbah, sebab di sini seseorang boleh makrifah, melihat Tuhannya yang Maha Indah it uterus dengan mata hatinya.
Apabila Tuhan telah nampak oleh mata hati, maka segala apa yang nyata mahupun tersembunyi akan tampak begitu nyata. Di sini seseorang telah memperolehi pengetahuan yang terus diberikan oleh Tuhan, pengetahuan istimewa yang hanya dianugerahkan kepada orang-orang yang telah berhasil menjaga kesucian jiwanya selama perjalanan yang penuh rintangan dan cubaan yang ditempuh dalam waktu yang lama. Di sinilah makna ayat “jauh perjalanan luas pengalaman bertambah pengetahuan” akan terungkap sejelas-jelasnya untuk kita sebagai hamba-Nya.
bismi

yang lain lagi di sini

RENUNGAN